~Asam Garam~



Entry kali ni rasa nak kongsi satu kisah memandangkan 2 ,3 hari ni beberapa orang junior ekonomi dan perubatan di Jordan minta sedikit info untuk mereka memanjangkan langkah menimba ilmu bumi kinanah,syiria.

Kisah ni berkisarkan pengalaman semasa berada di bumi syiria. Ketika Allah lapangkan masa serta bekalkan keupayaan tenaga untuk terus belajar di sana seusai saya dan teman2 bergelar seorang graduan. walaupun ketika itu semua sahabat satu batch sibuk menyediakan persiapan terakhir untk balik ke tanah air. Yang tinggal hanya saya, mardiah, aini dan nor (4 serangkai). Kami layari kehidupan bersama selama beberapa bulan. Alhamdulillah Allah campakkan secebis ketabahan diri untuk berpijak di bumi syam tuk teruskan menimba ilmu dan menggengam seberapa banyak manfaat yang boleh.

Seminggu dua kami berpijak di bumi itu, rasa nak balik tentunya membuak-buak, tangisan memang menjadi teman setia, lagu untuk ayah dan ibu sayup menutupi tirai malam setiap hari. Saat tu rasa seakan kembali ke zaman kanak-kanak. Langsung x kuat!! Tapi bila ingat sekarang, itulah minit paling manis buat kami berempat Alhamdulillah.

Bermulalah kisah kehidupan kami disana,


Rumah dan tangga

Bila sampai je di bumi syam, kami disambut oleh seorang pelajar yang dikenali sebagai syarifah. Di rumah dialah kami tumpang berteduh untuk beberapa ketika. Sepanjang perjalanan ke rumahnya, kami seakan dapat rasakan yang kami akan melalui satu frasa kehidupan yang tidak dapat kami jangkakan. Erk bila sampai, nah! rumah kecil dengan muatan penuh. Rumah yang dalam hemah saya hnya blh memuatkan 2 penghuni sahaja, dapur yang bila 2 orang masuk, akan berasak, kamar kecil yang sungguh kecil (bila masuk umpamanya x blh bergerak). Tapi inilahlah natijahnya, kehidupan yang serba kekurangan ini melahirkan penghuni rumah yang cukup mantap rohani dan jasmaninya. Mereka cukup tabah dan kental. Boleh dikatakan setiap malam alunan kalimah Allah menjadi santapan 1/3 malam mereka sedang kami lena dibuai mimpi. Mereka (syarifah dan auni) mengulang hafazan 30 juzu’ yang cukup mantap terpasak dalam fikiran. Masyaallah!!

Era sekolah

Di sana kami menyambung pengajian di sebuah institusi maahad kiftaro atau nama lainnya ialah Abu Nur. Kami tekad untuk mempelajari bahasa arab fushah (baku) memandangkan sepanjang pengajian di university yarmouk,Jordan kami lbh banyak belajar serta berkomunikasi dengan bahasa pasar. Tambahan lagi Syiria mmg sangat dikenali dengan mereka yang sangat memelihara bahasa Quran. Istimewanya juga ramai para ulama yang tinggal di syira dan sentisa mengadakan kelas tafaquh dan kelas-kelas pengajian x kira waktu, bermula dari subuh hingga ke lewat malam. Berada di bumi yang penuh budaya ilmu tu, pastinya menuntut kesabaran, kerajinan kerana jika diikutkan malas memang mengabiskan beras la jawabnya.

Di maahad, kami mengambil 6 mata pelajaran dan perlu dihabiskan silibusnya selama 2 bulan lebih. Masa yang cukup singkat! Maahad menyediakan 6 peringgat kelas dan hanya menerima pelajar luar (selain berbangsa arab).Memang penubuhanya adalah untuk membantu pelajar bukan arab memahami dan melatih bertutur dalam bahasa syiar islam itu. Antara rakan sekelas paling tua usianya adalah Nura,58 tahun dari jepun dan yang paling muda,(nama lupa da) berusia 12 tahun dari Russia. Yang paling menakjubkan adalah maahad hanya memerlukan 1 tahun 2 bulan untuk melahirkan graduan (bukan berbangsa arab) yang mampu bertutur dalam bahasa arab dengan tersangat fasih beserta cair dalam ilmu nahu dan sorof.


Anisah!!!

Alhamdulillah disana juga kami berkesempatan untuk mendalami ilmu Al-quran hasil usaha ustazah auni untuk menemukan kami dengan anisah (guru). Kami ber-4 dipisahkan mengikut anisah masing-masing dan dalam kalangan kami, anisah sayalah yang paling sibuk kerana dia seorang yang berkerjaya. Dia tidak akan membiarkan masanya terbuang begitu saja, maka waktu untuk saya mengajji juga tidak tentu.Tag line anisah suruh pegang adalah: Harus sentiasa bersedia! Yeah!!

Setiap hari saya akan menunggu panggilan darinya , bila dikatanya sekarang, maka sekaranglah tanpa boleh memberi alasan! Pernah sehingga dah tertidur sampai kemalam bersama baju sekolah sabar mennati call dari anisah.

Perjalanan kerumah anisah juga cukup mencabar. Saya memerlukan 45-60 minit untuk sampai kerumahnya. Bergantung pada kadar kesesakan lalu lintas! Setiap hari sudah menjadi rutin harian keluar rumah pada jam 5.15-5.30 am zzzzzzzzz subuh2 lagi da kluar. Menuruni bukit dan berjalan selama lbh kurang 10 minit dari rumah ke stesen bas, seterusnya menaiki bus ke satu perkampungan kecil . seusai sampai saya perlu teruskan perjalanan menelusuri anak kampunghingga ke (agak)hujung pendalaman. Sudah bermandikan peluh, berlapar dahaga, barulah selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah..

Jika pagi merupakan rutin, petang dan malam kena berpegang pada tagline yang disediakan oleh anisah. Saat ni rasa rindu pada guru quran tu memuncak!!. Kena marah, nangis, letih, malas, futur, putus asa, semua rasa tapi itulah yang cukup mematangkan.

Ruang kesempatan~

Alhamdulillah masa kebersamaan kami disana dimanfaatkan dengan mengikuti kelas pengajian bersama syeikh2 yang mu’tabar. Mereka banyak mengadakan kelas2 pemantapan. Dari sekecil2 bab hinggalah ke kupasan yang besar dan berat. Kami juga di beri kesempatan untuk menunaikan solat sunat terawih di masjid yang berlainan sepanjang ramadhan (coz terlalu bnyak masjid). Kesempatan bersolat bersama para ulama’ dunia merupakan kesempatan yang paling manis dalam hidup ini. Alhamdulillah.. zouqnya masyaallah!!


cuti lagi!!

Semasa keberadaan kami disana, sempat juga kami menghabiskan hujung minggu untuk melawat sejarah2 islam di Kota Syiria. Antaranya kami melawat maqam2 para sahabat dan ahli keluarga Rasulullah, Kubu2 islam yang masih utuh, tempat Rasulullah berdagang dan sebagainya. Sempat juga kami memanjangkan langkah merentasi dunia menjengah ke Lubnan dan Turkey. Wah! Kesempatan yang ada tentunya kami guna sepuas-puas hati, sehingga terpaksa memonteng kelas,(secara x sengaja sebab salah jadual di turkey). Apalagi, bila sampai ke Syria memang kami terpaksa tadah telinga menahan panahan berapi dari Anisah dan guru2 di sekolah. Apapun pengalaman berjalan yang masih fresh buat kami rasa x kisah bila dimarahi (sebab mmg kami yang cari pasal).


Sweetnya mak cik tu..

Satu hari dalam perjalanan pulang dari rumah Anisah, tiba2 ternampak seorang perempuan tua dalam lingkungan 90-100 tahun(Agaknya). Menggeletar nak melintasi jalan bersama sebatang tongkat usang. Rasa simpati cepat menerpa, tanpa berlengah saya hampiri dia. Tiba2 dada berdegup kencang, terasa kuat goncangan nadi, sepantas kilat terimbas mesej semalam yang dihantar oleh pimpinan persatuan pelajar yang meminta semua pelajar melayu lbh berhati2 kerana ketika itu, riuh rendah mnceritakan isu sendiket seorang nenek tua dan beberapa orang muda yang membunuh pelajar ajnabi(luar) bagi mendapatkan organ dalaman manusia untuk dijual. Mereka akan berlakon menagih simpati mndapatkan bantuan dan akhirnya mangsa akan “dipekap” dengan kain beracun. Sedang asyik ingat pesanan ringkas itu, niat baik terus saya batalkan. Cepat saya melangkah meninggalkan wanita tua itu, namun dpertengahan jalan, saya sempat berpaling untuk melihat reaksinya, terkebil2 mata yang lemah memandang sayup kearah saya benar2 mengharapkan simpati menghulurkan bantuan.

YA ALLAH !! Ni yang x blh tahan ni.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa simpatinya saya padanya, kalau dibiarkan, alamak memang berderetlah kereta berhenti atau lbh tragis dia akan mati dilanggar. Saat tu mmg saya buat pertimbangan habis-habisan, samada hilang organ or bantu??

Berbekalkan tawakal pada Allah, saya pun berpatah balik dan pimpin nenek tu melintasi jalan. Sampai di hujung jalan saya lepaskan dia perlahan2. Akhirnya nenek yang comel tu meleraikan pertemuan kami dengan ucapan “syukran ya habibaty” beserta sekuntum senyuman using darinya. Ketika tu saya rasa bersalah kerana berburuk sangka terhadap dia. Walauapapun, Alhamdulillah..


Akhirnya..

Selama dua bulan berada disana, macam2 yang saya pelajari. Pengalaman pahit dan manis juga sempat mnjadi teman harian, dan hinggalah saat ini, saya kira itulah era paling manis dalam hidup ini.

p/s: Kredit untuk adik2 yang nak cari pngalaman belajar disana..

0 comments:

Post a Comment