KITA DAN MEREKA

~sekadar hiasan~


Assalamualaikum,

Seinfiniti kesyukuran di rafakkan pada ALLAH, tuhan yang mencipta segala ciptaan di bumi dan di langit. Alhamdulillah juga kerana hari ni masih mampu bernafas dan masih menikmati 2 nikmat terbesar di antara nikmat-nikmat yang terbesar. Bila ada kesempatan membuka mata tuk teruskan kehidupan hari ni, tiba-tiba teringatkan kisah semasa berprgram tempoh hari. Baru2 ni pihak jabatan mengadakan satu program pendidikan , bertempat di Sebuah sekolah (dirahsiakan) yang kebanyakannya dihuni oleh anak-anak kampung.

Al kisahnya begini, syukur pada ilahi kerana hampir berbulan lamanya pihak jabatan membuat persiapan program dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancer dengan kehendak Allah, memandangkan saya adalah ahli baru kepada keluarga Jabatan, maka beban tugas saya tidaklah sebanyak teman-teman lain. Yang lain bermati-matian berkerja hingga lewat malam dan saya cuma membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan disamping tugas-tugas khas di sisi.

Tidak dinafikan ada sekelumit rasa sedih yang dihambur dari hati kerana perasmi tidak dapat hadir di saat terakhir. Ini kerana insan tersayang disisi beliau menjalani operation di kuala lumpur. Bila mendapat berita yang menyedihkan ini, hanya doa yang mampu kami kirimkan. Natijahnya berprogramlah kami dengan perasmi ‘addhock’ namun syukurlah…

Yang paling mengembirakan adalah situasi bila tengok adik-adik pelajar berprogram sambil menyertai pertandingan serta mendapat buah tangan happy meal dari MC DONAL untuk dibawa pulang. Terima kasih pada pihak tertentu yang bermurah hati menghadiahkan mereka dengan sesuatu yang jika dikira, sebanarnya bukanlah seberapa, namun itu merupakan hadiah paling ternilai bagi segelintir pelajar.

Dalam satu dialog yang lbh kurang bunyinya begini:-

Staf : Dalam era dunia globalisasi kita yang canggih ni , apa harapan dan impian adik2 pelajar? Nak g luar Negara ke? Nak jadi jutawan ke? Nak apa ye? (Tanya dengan harapan mereka akan akan berkongsi cita2 yang diimpikan)

Adik : kawe nok ngat jejokkan kaki ke kolumpo!!

Adik 2 : adik nak makan Mac Donald!!

Adik 3 : kita tingin nak nengok gone rupa Bandor kuantan la kak!!

Adik 4 : impian koi nak ngayuh sebuoh siko (basikal).

Staf : erk.. pergi kuala lumpur? Nak makan Mac Donald? Bandar kuantan pun termasuk?(bukan jauh sngat pun, 20 minit je) Nak basikal? (aduuhh, Berat punya impian bebudak ni..)

Saat tu rasa sayu deras menyapa diri, jauh dari sudut hati tersentuh melihat telatah anak2 yang membesar dengan keadaan yang serba kekuranga sebegini. Mereka belum pernah merasai nikmat kehidupan yang agak canggih sedangkan mereka menghampiri era usia 20-an.

Jika dibandingkan dengan taraf kehidupan kita, sepatutnya perlu rasa jauh lebih bersyukur kerana detik ini, kita sedang melangkah untuk melaksanakan impian yang jauh lebih besar. Bukan lagi untuk perkara kecil seperti mereka.

Minit muhasabah menerpa, cepat dan pelbagai cara Allah hint kita supa kembali bersyukur padaNya manusia memang mudah hanyut bila di kurniakan nikmat. Apapun yang berlaku, keperluan kita untuk terus istiqomah mengingati serta menghadap ilahi..

~Ingatan terus untuk diri sendiri~

0 comments:

Post a Comment