~oh bahasa inggeris~



Jam tangan tepat menunjukkkan pukul 7.03 minit pagi. Ah! Masih terlalu awal. Namun kaki dah mnjejak ke muka pintu pejabat. Begitulah rutin harian setiap pagi, Cuma hari ni terlalu awal. Dek kerana melayan adik bongsu yang memang selalu meragam pagi2. Perlu dilayan itu ini.. berlumba membuat persiapan diri, makan pagi bersama, pakai kasut berteman, mengiringinya dari muka pintu hingga ke kereta. Akk, nak itu! Nak ini! Macam2 ragam!. Tapi jauh disudut hati dialah madu, dialah racun dalam keluarga. Hanya dia yang masih bersekolah di tahun dua. Abang2 serta kakak2 semua sudah jauh meninggalkan alam itu dan sebahagian besar sudah bekerja. Kata ayah, sebab tu dia naik minyak. Cuma selepas diceritakan kisah nikmat syurga dan azab neraka petang semalam di bawah rimbunan pohon cherry di tepi rumah, hari ini mood ke sekolahnya ceria. Dituruti segala perintah dengan patuh. Haa, kan mudah kerja akak! Alhamdulillah..

Terus meniti tangga ke tingkat 2. Suram dan kelam! Sunyi! Staff lain masih belum sampai. Lelah yang berbaki saya lepaskan sepuasnya. Sedang duduk bersandaran di kerusi, kenangan berprogram bersama deligasi luar Negara semalam menerpa. Program itu dirasmikan oleh ‘TG Puan Pahang’ dan dihadiri oleh puluhan tetamu dari luar Negara. Singapore, Indonesia, dan macam2 negara lagi. Yang berambut putih, hitam, merah, perang, semua ada. Kalau begitu, x lain, x bukan tentuny bahasa inggeris inggeris menjadi bahasa perantaraan kami. Masa tulah nak practice ilmu yang dipelajari ketika mengikuti kelas bahasa inggeris pada setiap minggu. Tambahan pula saya tiba-tiba ditugaskan untuk menyambut tetamu di pintu utama tempat tetamu masuk untuk makan. Ntah betul, ntah tidak memang kira tawakal jelah. Rasa macam berada di luar Negara pula. Ditanya itu ini, semuanya saya balas dengan bersemangat! Yeah! Semangat nak pandai memang membara. Biar ia jadi titik permulaan. Pelawaan melayan mereka tidak saya tolak! Bahkan saya ambil sebagai peluang.

Mula2 nak bercakap, Allah je yang tahu, bahasa inggeris+ bahasa arab+ bahasa kampung memang semua bercampur! Tapi monolog sendirian mencantas segala ketakutan. “Aaah!! Ini kali pertama dan terakhir aku jumpa mereka. Jumpa lain kali, mungkin x ingat dah!”. Hanya itu yang saya ulang saban detik.

Jam bertukar ganti, saya masih sibuk melayan tetamu. Kemahiran berbahasa omputeh yang tadinya macam dah agak berhabuk dan ‘rusty’ bertukar kepada ooookkkk laaaaa. Tambahan pula saya diberi beban tugas menjual produk jabatan. Mahu atau tidak, memang kena ‘pulun’! Sambil melayan, sempat juga saya ‘mempromosikan’ bahan jualan. Alhamdulillah berkat semangat nak belajar yang tinggi, membolehkan saya Berjaya mendapat hasil jualan yang banyak.

Keletihan saya akhirnya memuncak ke ‘klimaks’. Cepat saya rebahkan diri ke suatu sudut yang agak lengang dari kesibukan manusia. Nafas yang terhela seumpama terlalu kepenatan. Saya bersendirian. Tiba2 datang seorang perempuan yang dari hemah saya seperti orang luar Negara. Dia Nampaknya sangat sibuk dan berpewatakan seperti seorang ‘leader’. Mengawal keluar masuk tetamu. Dia juga mungkin seakan keletihan dan akhirnya duduk ‘menyahkan’ lelah. Sebagai tuan rumah, x manis rasanya dibiarkan dia tanpa sapaan. Mulut yang dari tadi lenguh masih belum lega dari keregangan. Namun sapaan itu lebih penting sebagai tanda kemesraan dan tanda kita menghormati tetamu.

Saya bermonolog menyusun bicara dan menterjemahkannya ke dalam bahasa inggeris. Secara kebetulan di tangan masih lagi terbimbit satu bahan jualan. Tanpa berlengah saya menyapa serta berkenalan dengannya sambil mempromosikan baki bahan jualan. Pelbagai benda yang saya cerita dan kongsi. Saya susun ayat bualan sebaik mungkin. Terus dan terus-menerus bercakap tanpa henti. Sebagai akhirnya saya biarkan dia berfikir panjang untuk mnjawab semua persoalan. Dia tersenyum memerhatikan saya,semakin lama dahinya semakin kemerahan, langsung bibirnya menggeletar menahan gelakan yang bakal terburai! Saya kehairanan. Rasa malu terbibit tapi cuba mngawal diri seakan tiada apa yang berlaku. Patutla dia langsung tidak mencelah, bersahaja membiarkan saya menyusun dan meluahkan kata. Terkial-kial saya mencari punca kesalahan. Seingat saya, tiada apa yang melucukan. Bperbualan berkisarkan pengenalan diri, jabatan dan bahan jualan. Saya leraikan perbualan antara kami dengan pertanyaan terakhir yang saya ajukan : where are u come from?. Kepala yang tidak gatal saya garu. Terpinga dan terpana!

Akhirnya dia mengalah memandangkan wajah saya sudah berubah suram. Saya memandang dia dengan penuh pertanyaan. ‘Gelakan power’ beransur perlahan. Bersahaja dia menjawab: koi datang dari sini leeee .. (penuh dielek). Rupanya dia gelakkan saya kerana lucu melihat saya bersungguh2 berbahasa inggeris. Seakan ingin menyusun penuh kesempurnaan! Sweet katanya! Saya tertunduk malu. Mungkin pelik agaknya bila orang kampung berbahasa inggeris. Aaaaaahhh.. x kisah la..

Pulang ke rumah ayah lihat saya senyum sendirian. Bila ayah Tanya, terus saya tergelak sakan. Tanpa berlengah saya ceritakan kisah lucu tu pada ayah, ayah tersengeh sambil berkata:

Ayah: x pe la, nak blaja jangan malu. Perlu bersungguh!! Cuma tu la, ayah suruh practice BI semula x nak. Itu ini jawapannya. Beribu alasan. Sekarang bahasa inggeris sangat penting… bla..bla..bla…

Ayah membebel panjang memandangkan dia seorang guru bahasa inggeris. Namun kemahiran bertutur ayah x tumpah pada anaknya. Hampa mungkin!

Jauh disudut hati, Cuma saya yang tahu mengapa saya tidak berbahasa inggeris sekarang. Terasa keras lidah nak bertutur. Kenangan di musim ‘nakal’ zaman sekolah beberapa tahun dulu masih segar di ingatan. Ketika saya bergelar “Presiden Of English Society”. Segalanya telah berlaluuuuuu….

0 comments:

Post a Comment