~SUPER'10 DI HATI~



Super ‘10


Sepagi berarak bersama sahabat sepermai membuatkan ana bertambah semangat untuk bersukan . Oleh kerana Setahun sekali kami menjayakan program sukan seumpana ini, seakan kami hilang kawalan kerana terlalu gembira. Terlalu lama rasanya kaki tidak memijak track, menyentuh bola, mendengar bunyi wisel keramat, berbaris seperti kanak-kanak , bertepuk tampar bersama sahabat handai, dan sebagainya. Andai beberapa tahun dahulu, begitulah rentak kehidupanku. Namun kini, kehidupan ku sudah cukup berubah. Tidak ada lagi senarai pertandingan yang perlu tinjau setiap hari,tiada lagi latihan stamina setiap pagi, tiada lagi jeritan coach yang memecahkan gegendang telinga, dan yang paling penting tiada lagi pingat baru yang dikalungkan ke leherku. Ah,Rasanya tidak ubah seperti bernafas kembali bila diberi peluang untuk berentap bersama-sama sahabat seperjuangan.



Selamat pagi…..eak’
Tigger sudah disini…..aumm
Baris dengan riang…..ceria
Beraksi bersama…..hebatnya
Sungguh semangat sukan …..
Sungguh gagah bila bersama tigger….
Auuummm…

Bergegar stadium just bila kumpulan oren menyanyi dan disambut oleh nyanyian kumpulan2 yang tidak kurang semangatnya berserta mascot masing-masing. Hanya Allah saja yang tau betapa mekarnya lakaran bunga di hatiku. Ya Allah semoga halawatul ukhuwwah yang terjalin diantara hati-hati kami dipelihara olehmu ya Rahim.

Beberapa acara balapan dipertandingkan antaranya lompat katak, lompat tinggi,lompat jauh, lari 100m, 200m dan 4*100m dan 1500m. Sekali pandang, tidak percaya dibuatnya. Ustazah dan dukturah digandingkan bersama di atas track!! Nah!! Disebabkan dah berkurun lamanya tidak bersukan maka, sendi mujahidah-mujahidah irbid pun dah tak kurang seperti besi karat menunggu reput. Akibatnya selepas ratusan meter memecut, ramailah yang tumbang menyembah bumi. Mujur ada sahabat-sahabat MEDIC yang mahir mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari, apa lagi, masing-masing menunjukkan kemahiran sebagai seorang bakal Doktor yang berjaya. Insyaallah kejayaan milik bersama.


Bila matahari dah hampir tegak di atas kepala, kami berpindah ke sukan yang dipertandingkan di dalam gym. Atlet netball,volleyball ,badminton dan ping pong mula menunjukkan belang kehebatan dan kehandalan masing-masing. Tak terlepas juga adik-adik junior yang beraksi tangkas minta dipilih ke karisma. Syabas!! Anda dipilh untuk mewakili Irbid. Erk.. Cuma yang tak Berjaya, cuba tahun hadapan ye!!


Selesai semua acara yang dipertandingkan, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang mengakhiri tirai penutup SUPER’10. Terkenang zaman kecil-kecil dulu, kiraanku zaman itu tidak mungkin akan berulang, namun Dialah sebaik perancang. 3 pingat menjadi habuanku buat kali ini. Alhamdulillah. Dah rezeki agaknya dalam usia tua seperti ini, masih mampu bergelar atlet walaupun sebenarnya memang dah pancit yang amat. Tambahan lagi, bakat-bakat baru jauh lebih muda dah bertenaga.


Seronok bila terkenang kenangan bersama teman-teman. Tergolek, tersungkur, tertirap, tertonggeng memang dah menjadi adat dalam permainan. Memang kenangan yang tidak mungkin di lupakan. Terima kasih teman atas sokongan kalian!! Moga ikatan ukhuwwah yang dibina ke akhirnya.. Ameeenn..


P/s: super’10 juga menjadi tiket riadhah untuk seluruh teman seperjuang khususnya (dik mard) yang selalu tidak dapat join riadhah santai pada setiap rabu kerana kekangan masa dan kesibukan yang melanda.

2 comments:

the 1st reader after the writer is coming to give the 1st comment..hee..

alhamdulillah, selesai SUPER, bakal mndatang KARISMA, pasti semua tak sabar tggu kemunculan heroin kami ni!!

SUKAN SATU IBADAH!!

 

along.. buanglah p/s tu.. tak kena beno letak duduknyeer..

 

Post a Comment