~kisah semalam~



Alhamdulillah hari ni mak dan abah angkat(keluarga teman seperjuangan, mardiah) nak sampai Jordan. Mereka baru pulang dari mengerjakan umrah. Terasa macam nak melihat keluarga sendiri pula. Hati berbunga bukan kepalang.
Seusai menggosok baju, ana dan mardiah tergesa-gesa bersiap khuatir ditinggalkan bas. Masing-masing tidak tahu jam berapa bas terakhir akan bertolak dari Irbid ke Amman,Bandar besar yang mengambil masa masa hampir 2 jam dari irbid. Walaupun dah tahun akhir duduk di bumi Jordan ni, namun kami masih tidak arif tentang itu. Bekal air telah disediakan di meja makan.

Mira, rakan serumah kami di tinggalkan keseorangan.

Tergesa bersalaman, langkah kanan kami mulakan. Sambil mulut terkumat kamit membaca doa kami menelusuri anak tangga. Berhati menyusun tapak khuatir terbungkam di tengah perjalanan.

Teksi di tahan. Sepanjang perjalanan doa kami kirimkan mohon Allah permudahkan urusan.

Adik: along,kalau bas x de kita balik je la ye.. nak buat macamana, x de rezeki agaknya.

Insyaallah kita akan jumpa mak n abah di Malaysia.

Nadanya yang sedih membuatkan ana terus berharap pada Perancang segala kejadian.
Tup tap tup tap
…………………………………………………………………………………
Along: Alhamdulillah coaster ada la dik.
Adik: heeeeee…
Sementara menunggu perjalanan bermula adik ke kedai membeli syawarma. Adik memang sangat sensetif kalau alongnya lapar. 1001 cara mencari idea mendapatkan makanan. Melihat mukaku yang tidak keruan adik memujuk sambil menunjukkan syawarma yang terbimbit di tangan. Ana tersenyum melihat rezeki petang itu. Syawarma kegemaranku!!
Adik: along lapar ye?? Nah, syawarma untuk along. Kita makan sama-sama ek..

Dia memang terkenal dengan kemahiran memujuknya. Cuma kadang-kadang ana saja yang tidak pandai membalasnya. Maklumla umur lah lanjut. Kurang arif untuk bermadah dengan adik-adik.

Perjalanan kami bermula. Hanya kami berdua yang berbahasa melayu. Bakinya semua berbangsa arab. Seperti biasa pemandangan yang cantik menjadi sisipan mata yang akhirnya di bawa ke mimipi.

……………………………………….

Sampai di mujamma’ syimal,perhentian bas di Amman. Kami bergegas solat dengan baki waktu yang ada. Tepat jam 9 malam selepas siap menelan sisa bekalan yang berbaki di tangan, langkah kami aturkan menuju kearah bas SARIYAH. JD 6 menjadi bayaran untuk terus ke Airport.

Punggung di labuhkan sambil bersandaran. Alhamdulillah selamat sampai tepat jam 10.15 malam. Anak–anak arab berlari-lari sambil berteriakan seolah tidak mengenal erti mengantuk. Mataku semakin layu. Namun kami gagahi menunggu jadual penerbangan dipaparkan di skrin untuk mendapatkan kepastian.
Hampir sejam menunggu sambil melihat gelagat kaum berbangsa arab menanti keluarga mereka yang bakal tiba. Kerana kepenatan kami akhirnya terlelap. Namun rehat kami tidaklah se selesa seperti berada di tilam usang dan teratak sendiri. Namun Alhamdulillah berlapikkan karpet surau dan dalam kesejukan , malam kami redahi.
Jam tepat menunjukkan jam 2.30 pagi. Allah permudahkan urusan, seluruh jemaah umrah selamat sampai. Kami menyambut mereka dalam keadaan ‘mamai’.
Jemaah yang kepenatan terus di bawa ke “Queen Alia Hotel”. Kami juga turut serta. Seperti jemaah lain juga kami dibawa masuk ke bilik “check up”. Pihak hotel dalam keadaan mamai juga kemungkinan. Mereka tidak sedar kami berdua tidak termasuk dalam jemaah yang baru sampai.
Seusai mndapat kunci bilik, kami masuk ke dalam lif tuk ke bilik. Tiba-tiba pengurus arab berdiri di hadapan lif. Kami terpana. Dia menyoal no bilik dalam berbahasa inggeris untk mndapatkan kepastian. Ana yang kepanaan dan mengantuk terus mnjawab dalam bahasa arab.

Pak arab tu terkejut!!

Pak arab: min wein nik?? Min amman?? (Dari mana kamu?? Dari amman??)

Ana: na’am.(ya)

Pak arab: mamnu’ dukhul ya banat!!!(hei budak permpuan! Kamu dilarang masuk!!)

Pintu lif tertutup. Hanya ana dan mardiah yang memahami. Ahli keluarga lain terpana. Dalam keadaan ketakutan kami terus ke bilik. Sepagi kami ketakutan. Namun kami tidak membiarkan ia berpanjangan. Dek kerana jemaah umrah tidak dapat keluar melawat kawasan bersejarah jordan seperti yang di impikan kerana kematian visa, maka kami mengambil keputusan tuk bantu mereka membeli buah-buahan Jordan sebagai buah tangan kepada ahli keluarga.

awas!!Kami perlu melalui 3 kawasan yang terdapat pengurus2 hotel. Perjanjian kami pakati dan persetujui. Kalau di tanya, kami akan menjawab seperti orang yang tidak tahu berbahasa arab, apatah lagi di larng berbahasa dengan bahasa pasar khuatiri rahsia terbongkar. Kami mula menapak. Langkah demi langkah, Alhamdulillah kami melepasi kawalan pertama.mungkin kerana pengurus yang ada sedang asyik membuat kerja maka, kami terselamat.

Lorong ke dua kami telusuri. Menghampiri pintu keluar. Masing-masing berdebar. Yaaa!! Kita dah kluar!! Tiba-tiba…

Pak arab: ya banat!!!(hei budak2 perempuan!!)

Kami: heeeeeeeeeeee. Na’am ya ammu. Limaza??( ye pakcik. Kenapa?)

Pak arab: tehki araby??(kamu boleh berbahasa arab?)
Ana: syuuuuwai-syuuuuwai ammu.(sikiiiit-siiiikit)- nada melayu
Pak arab: aina satazhabu??(kamu nak kemana?)

Ana: nahnu, nahnu nurid an nazhabu ila balad. Li nasytari fawakih ila ahlii.( kami nak ke pasar
beli buah untuk keluarga) –dengan nada lambat dan berfikir seperti budak baru belajar.
(Kami membiarkankan pak arab itu menggelakkan kami kerana berbahasa arab fushah dan tergagap-gagap.)

Bla…bla..bla… kami bercakap dengan pak arab.. akhirnya kami terlepas!! Alhamdulillah.. misi kita Berjaya adik!!

Tempat ketiga Pak guard dah tunggu kami.

Pak arab: hello, min weinik??( dari mana kamu?)- sebab pak arab tau jemaah x blh keluar, so
mereka tahu kami bukan jemaah umrah.
Ana: erk… macam akan terkantoi je.. adikkk!!
Adik: we are already visited our family!!

Ana: zurna ahliy..- kantoi dah orang luar..

Pak arab: min aina ji’tuma? Min ayyul bab??(dari mana kamu datang?? Dari pintu mana??)
Adik: I don’t know if there are 2 gates here.

Pom..pam..pom..pam.. pak arab tu berhenti siasat kami..

Dia pun pening sebab kami memeningkan. (moga Allah ampunkan dosa kami, x niat nak
peningkan orang tua)
Akhirnya kami terlepas dengan selamat.. dan tabah meneruskan perjalanan ke Bandar membeli buah-buahan jordan untuk seluruh jemaah sebagai ole-ole tuk keluarga mereka di malaysia.

~kenangan lucu tuk kami kenang di saat terakhr berada di bumi urdun~
p/s: hidup klu buat salah memang menakutkan!

~Ukhwwah Fillah~



Alhamdulillah sekarang ana dan sahabat2 seperjuangan dah pun bergelar graduan university yarmouk, Jordan setelah 4 tahun melayari kehidupan sebagai seorang pelajar. Merasai asam garam, melalui suka duka, mengharungi pahit manis bersama 17 puteri lain memang menyeronokkan. Tambahan lagi cambahnya kami dengan 1001 perangai dan gelagat.

Merekalah madu, merekalah racun. Ada yang pendiam macam kito dan nor, ada yang petah macam paih dan tasya, ada pelawak macam syarifah, norin dan syazwana, ada yang garang like paan, fiza dan kekadang aini serta akak, yang pemalu misl asyikin, amira dan hidayah, x kurang juga ada yang famine macam humi dan zakiah, yang pasti tak dilupakan si sivix macam adik. Namun walau siapapun mereka, inilah teman seperjuangan ana. Beberapa ketika lagi kami akan berada di dunia masing2. dengan peranan dan tanggungjawab yang bakal di pikul.
Moga ikatan ukhwwah yang di bina akan terus kekal dan sentiasa di bawah lembayung rahmat ilahi. Ameen.. uhibbukum fillah!!


Lirik Lagu Sahabat Sejati - UNIC
Ku biar kalam berbicara

Menghurai maksudnya di jiwa

Agar mudah ku mengerti

Segala yang terjadi

Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis

Meluahkan hasrat di hati

Moga terubat segala

Keresahan di jiwa

Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedayaTak melukai hatimu

Mungkin sudah suratan hidupku

Kasih yang lama terjalin

Berderai bagaikan kaca

Oh teman, maafkanlah diriku

Oh TuhanTunjukkan ku jalan

Untuk menempuhi dugaan ini

Teman, maafkan jika ku melukaimu

Moga ikatan ukhwah yang dibinaKe akhirnya

Aku tidak kan berdaya

Menahan hibanya rasa

Kau pergi meninggalkan diriku

Redhalah apa terjadi

Usahlah kau kesali

Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

serangan halus mereka!!



Semoga ISLAM terus bersatu dan kuat berkat dari-Nya.Aminn. .

Renungan bersama ....

Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."


Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.


1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku s ain s keluaran kafir ini.


2. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku s ain s ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

3. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

4. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

5 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. sel ain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


Kembalilah kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W….

Amalkanlah pemakanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W….

Dapat menambahkan darah..dapat mengurangkan kolestrol dalam darah…dapat mengelakkan penyakit2 l ain …
Dan untuk mengelakkan tubuh badan kita, anak-anak kita dipengaruhi oleh Yahudi ni…

Kurma nabi, kurma madu, madu, kismis, buah tiin, buah delima, buah zaitun, habbatus sauda, zaffran, air zam zam
Dan banyak lagi pemkanan sunnah yang l ain ..yang terang2 mempunyai khasiat dan kelebihan yang tak dpt ditandingi oleh makanan l ain di dunia ni…

Di samping badan kita sihat…kita dah amalkan sunnah-sunnah Nabi setiap hari...
Alhamdulillah…InsyaAllah diselamatkan dunia akhirat…

Amalkanlah walaupun sebiji kurma…iringi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.


Jika kita belajar dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita seharian, InsyaAllah kita akan berjaya di dunia dan di Akhirat.

Hadis mengatakan "Barang siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W pada zaman kerosakan umat, Allah akan bagi ganjaran 100 pahala mati syahid"

Alhamdulillah. .....kita adalah salah seorang daripada mereka insyaAllah.. ..aamin...

~wallahua'lam~

~Rintih seorang hamba~


Rungkaikan sarang hitam di hatiku,
Rungkaikan segala kusut di kalbu,
Rungkaikan bebanan yang ku gendong,
Hindari aku dari panah-panah syaitan yang menghunus,
Leraikan segalanya ya Rahman.

Insan penyabar yang aku dambakan,
berlapang dada tarbiah mendatang,
ukiran senyuman teman ujian,
tabah hadapi segala rintangan,
tadahan tangan mohon keampunan,
agar Namamu bisa dalam ingatan,
Basah lidahku,tenang jiwaku, lelah ibadahku,
Iringi hembusan nafas semata keranaMU.

Genggamlah hati , pahatkan kaki,
Agar senantiasa teguh bersamamu,
Hanya engkaulah yang satu dalam setiap langkah perjalananku.

Kirimkan ketenangan pada hambamu,
Jauhkan aku dari terus bertuhankan nafsu,
Jelmakan ruh mujahidah pengganti duka,
Mampu bertabah dalam hamparan keimanan.

Atok tunggu ye!!



Takungan air mata yang semakin sarat dikandung akhirnya telah memecahkan empangannya. Titisan demi titisan mutiara jatuh ke bumi. Ketabahanku di uji lagi. Hanya Allah yang mengetahui. Latihan karisma hari ini ku rasakan cukup hambar. Pukulan rindu pada keluarga menggoncang tubuhku yang lesu. Petang yang suram seakan memahami naluri seorang cucu. Namun, ku gagahi langkah yang semakin layu.


Menggunakan perkhidmatan weenak, aku menekan butang handphoneku yang semakin usang. Bermula nombor ayah dan kemudianya nombor ibu. Beberapa kali mencuba namun, percubaan gagal. Perasaan gusar deras mendampingiku. Kedua orang tuaku mungkin sudah lama di ulit lena wahyu memandangkan waktu Malaysia menunjukkan tepat jam 11 malam. Esok mereka akan keluar awal mencari rezeki. Hanya monolog itu pengubat gusarku.

Hampir setahun suara abang tidak hinggap ke telingaku. Cepat aku mendail nombor abang yang semakin hilang dari ingatan. Alhamdulillah akhirnya debar hatiku berakhir bila abang menjawab salam. Mekar kembali!!

Soalan pertama yang terpacul dari mulut abang: syida kat mana tu??

Aku lantas menjawab: apa la abang ni, mesti la kat Jordan!! Kat mana lagi. X kan la kat belakang umah kita.

Abang membalas dengan bersahaja: betul juga, manala abang tahu.

Gelak tawa kami lantas terlerai. Abang sulungku memang dikenali dengan sifat peramah dan sangat mesra dengan adik-adiknya. Memandangkan dia dibesarkan jauh dari keluarga. Kesempatan bersama yang hanya seketika digunakan dengan sebaik mungkin. Sifatnya yang mampu berdikari dari kecil amat kami senangi.

Jauh di hujung talian aku dengan teliti mendengar setiap patah susunan kata-kata abang. Abang memulakan bicara. Suaranya semakin perlahan sepertinya menahan sedih di hati.
Luluh jantungku bila berita kemalangan atok abang khabarkan. Beberapa hari lepas, ayah ada memberitahuku, namun ayah hanya menceritakannya secara gambaran kasar. Mungkin kerana naluri seorang bapa. Khuatir anak di perantauan hilang punca kekuatan.

Keadaan atok agak teruk sehingga perlu di jalankan “operation”. Kata abang tulang pelvis atok patah. Subhanallah atok yang dulunya cergas, kini hanya berharap pada bantuan kemanusiaan. Atok terpaksa dipakaikan pampers kerana sudah tidak mampu bergerak. Setiap kali proses penukaran, atok akan mengerang kesakitan, titisan peluh mengalir, tangannya kemas digenggam, suara tuanya sayup kedengaran. Hanya Allah sahaja yang benar memahami kesakitannya. Dialah pencipta kesakitan dan dia jugalah yang mampu menyembuhkannya. Ya Allah berilah aku kesempatan bertemu dengannya.

Bertambah pilu bila setiap kali abang menjenguknya, dia akan bertanyakan pada abang pertanyaan yang sama.

Abang, bila syida nak balik?

Lama lagi x?

Sempat tak atok nak jumpa dia?

Berderai mutiara jernih, tersandar aku dek panahan kata-kata abang. Terasa hilang pertimbangan bila atok di uji seumpama itu. Moga kekuatan dan kesabaran milik atok. Moga kesakitan atok Allah gantikan dengan hikmah yang Dia sahaja yang mengetahuinya.

Ya Allah berilah aku kesempatan bertemu dengan atok.

Berilah keKuatan dan ketabahan padanya.

Sembuhkanlah dia ya Rahim.

Sesungguhnya engkau jualah Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyanyang.

~SUPER'10 DI HATI~



Super ‘10


Sepagi berarak bersama sahabat sepermai membuatkan ana bertambah semangat untuk bersukan . Oleh kerana Setahun sekali kami menjayakan program sukan seumpana ini, seakan kami hilang kawalan kerana terlalu gembira. Terlalu lama rasanya kaki tidak memijak track, menyentuh bola, mendengar bunyi wisel keramat, berbaris seperti kanak-kanak , bertepuk tampar bersama sahabat handai, dan sebagainya. Andai beberapa tahun dahulu, begitulah rentak kehidupanku. Namun kini, kehidupan ku sudah cukup berubah. Tidak ada lagi senarai pertandingan yang perlu tinjau setiap hari,tiada lagi latihan stamina setiap pagi, tiada lagi jeritan coach yang memecahkan gegendang telinga, dan yang paling penting tiada lagi pingat baru yang dikalungkan ke leherku. Ah,Rasanya tidak ubah seperti bernafas kembali bila diberi peluang untuk berentap bersama-sama sahabat seperjuangan.



Selamat pagi…..eak’
Tigger sudah disini…..aumm
Baris dengan riang…..ceria
Beraksi bersama…..hebatnya
Sungguh semangat sukan …..
Sungguh gagah bila bersama tigger….
Auuummm…

Bergegar stadium just bila kumpulan oren menyanyi dan disambut oleh nyanyian kumpulan2 yang tidak kurang semangatnya berserta mascot masing-masing. Hanya Allah saja yang tau betapa mekarnya lakaran bunga di hatiku. Ya Allah semoga halawatul ukhuwwah yang terjalin diantara hati-hati kami dipelihara olehmu ya Rahim.

Beberapa acara balapan dipertandingkan antaranya lompat katak, lompat tinggi,lompat jauh, lari 100m, 200m dan 4*100m dan 1500m. Sekali pandang, tidak percaya dibuatnya. Ustazah dan dukturah digandingkan bersama di atas track!! Nah!! Disebabkan dah berkurun lamanya tidak bersukan maka, sendi mujahidah-mujahidah irbid pun dah tak kurang seperti besi karat menunggu reput. Akibatnya selepas ratusan meter memecut, ramailah yang tumbang menyembah bumi. Mujur ada sahabat-sahabat MEDIC yang mahir mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari, apa lagi, masing-masing menunjukkan kemahiran sebagai seorang bakal Doktor yang berjaya. Insyaallah kejayaan milik bersama.


Bila matahari dah hampir tegak di atas kepala, kami berpindah ke sukan yang dipertandingkan di dalam gym. Atlet netball,volleyball ,badminton dan ping pong mula menunjukkan belang kehebatan dan kehandalan masing-masing. Tak terlepas juga adik-adik junior yang beraksi tangkas minta dipilih ke karisma. Syabas!! Anda dipilh untuk mewakili Irbid. Erk.. Cuma yang tak Berjaya, cuba tahun hadapan ye!!


Selesai semua acara yang dipertandingkan, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang mengakhiri tirai penutup SUPER’10. Terkenang zaman kecil-kecil dulu, kiraanku zaman itu tidak mungkin akan berulang, namun Dialah sebaik perancang. 3 pingat menjadi habuanku buat kali ini. Alhamdulillah. Dah rezeki agaknya dalam usia tua seperti ini, masih mampu bergelar atlet walaupun sebenarnya memang dah pancit yang amat. Tambahan lagi, bakat-bakat baru jauh lebih muda dah bertenaga.


Seronok bila terkenang kenangan bersama teman-teman. Tergolek, tersungkur, tertirap, tertonggeng memang dah menjadi adat dalam permainan. Memang kenangan yang tidak mungkin di lupakan. Terima kasih teman atas sokongan kalian!! Moga ikatan ukhuwwah yang dibina ke akhirnya.. Ameeenn..


P/s: super’10 juga menjadi tiket riadhah untuk seluruh teman seperjuang khususnya (dik mard) yang selalu tidak dapat join riadhah santai pada setiap rabu kerana kekangan masa dan kesibukan yang melanda.

~Sukan satu Ibadah~


Sukan dalam Islam


Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:-


1) Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:
“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (60 : al-Anfal)

2. Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt:
“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.” (247 : al-Baqarah)

3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Sabda Rasulullah:
Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hr Muslim –sahih)

4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:

مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.
Maksudnya:
“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”
(Hr Bukhari – sahih)

5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:

أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.

Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud)

6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:

لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.” (Hr Bukhari dan Muslim)



Etika sukan dalam Islam

1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).

2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.

3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.

4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt:

“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.”
(4 : al-Ma’un)

5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda:

لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)

6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:

لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له
Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hr Tabrani)

7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:
“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”
wallahua'lam..

Bulan yang satu !!


Jutaan batu memisahkan aku dan kamu,
Rindu yang dulu memutikkan dirinya,
Kini mekar mewangi menghiasi bumi,
Semakin parah hati menanggung derita,
Getar suaramu, kusam wajah dimamah usia,
Panahan semangat, memori bersama,
Pasti sudah menjadi teman setia.

Namun tubuh hawa ini perlu kugagahi,
Kerana ilmu aku disini,
Menggunung cita mencontohi Nabi,
Mewarisi mata rantai perjuangan kini.

Juntaian air mata menjadi saksi,
Retak menanti pecah empangan rindu,
Angkara dirimu bulan yang satu,
Hampir sahaja aku terbungkam seketika,
Gelodak diri 1000 rasa.

Senyuman tuamu yang aku dambakan,
Garis kedut dahimu yang aku mimpikan,
Kasar telapak tangan usang mu aku tagihkan,
Jemu tidak mendewasakan ku,
Bayangan wajahmu menggoncang dada,
Kini hanya Tuhan yang benar memahami.

Mog a kesempatan milik bersama,
Nantikan langkahku mengakhiri cita,
Agar terukir bunga ceria,
Di pundak hati mu nan bahagia,
Terima kejayaan terulung dariku,
Teristimewa buat dirimu.

Kembara Mujahidah !!


Ucapan tahmid memenuhi ruangan kalam, setelah ana dan sahabat-sahabat selamat sampai ke teratak usang kami , casa intelek. Empat hari tiga malam rehlah kami ke dua buah mantiqah di bumi Jordan iaitu, mu’tah dan aqobah cukup memahat pengalaman manis yang tidak mungkin kami lupakan tambahan lagi apabila perjalanan para musafir ditemani hujan lebat dan hembusan angin syita’ yang mampu menggoncang kestabilan sebuah bas bermuatan penuh.


Seharian perjalanan kami ke mu’tah dimanfaatkan dengan menziarahi dhoreh 3 syuhada’ yang berpeluang menghadap ilahi tanpa perlu dimandikan jasadnya sebagai bukti kepahlawanan mereka bermatian menegakkan Deenul Islam yang syahid di peperangan mu’tah. 3 syuhada’ yang dimaksudkan ialah Jaafar Atthoyyar, Zaid bin Harithah, dan Abdullah bin Rawahah.


Antara kisah yang mampu menghadirkan semangat perjuangan seorang mujahid adalah syahidnya Jaafar Attoyar kerana mempertahankan panji islam sebagai tanda keagungan islam. Beliau dengan gagah mempertahan panji dengan tangan kanannya, namun dengan kuasa Allah, tangannya disambar pedang musuh yang ligat menghunus para mujahidin islam. Dengan perkasa beliau mengalihkankan panji ke tangan kirinya namun, perkara yang sama telah Allah takdirkan ke atas beliau!! Akhirnya beliau syahid dalam keadaan memeluk panji dengan baki tangan yang ada. Apabila perkabaran syahidnya mujahidin ulung itu sampai kepada Baginda rasulullah, maka sabda rasulullah yang mafhumnya “ sesungguhnya aku melihat Jaafar terbang di syurga bersama sayapnya”. Wallahua’lam. Semoga para syuhada’ yang syahid di medan perang akan sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.



Sejarah demi sejarah kami kupas, kemegahan islam satu ketika dahulu dapat kami rasakan walau hanya dengan sekelumit kupasaan keangunganNya. Kami juga berpeluang dihidangkan dengan kesempatan meziarahi maqam nabi Allah Nuh alaihissalam bersama simbolik sebuah gunung yang di ukir menjadi bahteranya. Subhanallah.!!


Ruang demi ruang disingkap, peluang demi peluang di hadiahkan oleh Allah kepada kami, sepetang kami memaksimakan kualiti masa di Istana Karak yang pernah ditawan oleh Sollahuddin Al Ayubi bersama tenteranya yang mengambil masa hampir 8 bulan untuk proses pengepungan. Nah!! Berkat istimrarnya tahajud dan perngantungan yang tinggi kepada Ilahi, maka tentera rom dapat ditawan. Syabas buat tentera-tentera Allah!!


Perjalanan bersejarah selama sehari telah kami habiskan di mu’tah dan bermalam di sana, kembara khalifah kami diteruskan lagi dengan menelusuri gunung ganang dan dataran berpasir bertemankan hembusa syita’ yang menghunus tulang-tulang kering kami. Jauh di sudut hati seungkap kalimah syukur kami kirimkan pada ilahi kerana diberi peluang menghirup udara dan bertapak seketika didataran yang pernah dipijak oleh Rasulullah. Terasa zuoq seorang mujahidah. Subhanallah !!


Sesampainya kami di destinasi kedua setelah mengharungi 2 jam perjalanan, bentangan agungNya kuasa ilahi melalui keindahan laut merah yang luas seluas mata memandang menjadi tatapan pagi kami. Hanya Dialah sebaik pengatur kejadian.!!


Ruangan Masa yang berbaki, kami manfaatkan dengan menikmati juadah seafood, membeli-belah beberapa jenis buah tangan untuk keluarga tercinta, memandangkan dengan izin Allah, kami bakal mengakhiri gelaran mahasiswa jamiah yarmouk awal bulan 6 ini, dan akan pulang ke tanah air.


Kami juga sempat melemparkan pandangan pada suatu sudut pemandangan iaitu, tinggalan kaum aikah yang Allah timpakan keatas mereka azab dengan menjadikan mereka monyet atas sebab kederhakaan yang mereka lakukan. Selain itu, para musafirin mendapat halwa mata yang menarik dan sebagainya. Keindahan yang terpapar sudah cukup menggambarkan kuasa agung dan mutlak milikNya.


Insyaallah segala pengalaman yang kami dapat akan menambahkan lagi kesedaran islam dalam diri . Dan semoga kita termasuk dalam golongan yang apabila diberi nikmat dan peringatan, maka kita tidak kufur dengan setiap pemberian. Wallahua’lam.

Kitakah pewaris akhlak nabi??



- Akhlak adalah buah kepada keimanan seorang hamba -



Matlamat utama ajaran islam adalah untuk mendapatkan kemuliaan akhlak. Kelahiran rasulullah s.a.w adalah sebagai bukti peri pentingnya akhlak yang baik. Antara Tujuan utama pengutusan Rasulullah s.a.w ke muka bumi adalah untuk menjadi contoh tauladan yang baik kepada seluruh ummat.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”.


Hal ini ditegaskan lagi dalam al-quran:
41. (yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. (al-hajj:41)


Kemuliaan akhlak seorang hamba adalah hasil kepada kesempurnaan pengabdian diri kepada Allah taala. Dan tidaklah dikira beriman seseorang itu apabila dia tidak berakhlak dengan akhlak yang baik.


Sabda Rasulullah :
“ bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita, akan tetapi ia adalah keyakinan yang tertanam dalam hati dan mampu dibuktikan dengan amalan”. (H.R Ad-Dailami)


Rasulullah pernah ditanya tentang apakah itu agama? Maka baginda menjawab: kemuliaan akhlak (husnul khuluq) dan baginda ditanya lagi tentang apakah itu kejahatan? Lalu baginda menjawab: akhlaq yang buruk (su’ul khuluq)


Akhlak mulia yang dimiliki oleh seorang hamba adalah asset paling penting di atas neraca timbangan pada hari qiamat kelak. Oleh itu, siapa yang buruk dan rosak akhlaknya, maka timbangan amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya.


Rasulullah bersabda lagi :
“ tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari qiamat nanti melainkan akhlak yang baik. (HR Abu Daud dan Tarmizi)


Islam menterjemahkan kecantikan akhlak dapat dilihat melalui kesempurnaan ibadah yang dilakukan oleh seorang hamba.


Allah berfirman di dalam Al-quran sebagai bukti :
“ sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar ”. ( surah al-Ankabut:45)


Rasulullah juga menjelaskan perkara ini dengan sabdanya :
“ sesiapa yang solat (tetapi) tidak dapat menjauhkan dirinya dari perbuatan yang keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah”. (HR Tabrani)


Secara konklusinya dapatlah disimpulkan bahawa akhlak yang sempurna perlu diterapkan dalam diri setiap individu muslim. Namun, ia tidak akan terlaksana tanpa ada gerak kerja untuk mencapainya.Islam telah mengariskan method yang sesuai yangmana di antaranya ialah dengan wasilah menjaga segala bentuk pengabdian diri kepada Allah.

semoga segala amalan kita akan terus ditahsin dan moga kita tergolong dalam pewaris akhlak rasulullah SAW.


santapan rohani,
-Jaga akhlak, hiasi peribadi-